Durian belanda seperti artikel saya sebelum ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Begitu juga dengan daunnya. Daun durian belanda atau daun sirsak (Indonesia) amat berguna untuk pelbagai penyakit terutama untuk pengidap penyakit kanser. Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatanyang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia di mana ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Ia biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.
Buah sirsak atau nama sainsnya Graviola atau dalam bahasa latin Annona muricata adalah ubat kanser yg murah dan mujarab. Biasanya, pesakit yang berkemampuan memilih kemoterapi untuk rawatan penyakit kansernya (walaupun menanggung kesakitan selepas rawatan). Tapi bagi mereka yang tidak berkemampuan, kini boleh mencuba alternatif lain iaitu pengubatan menggunakan sumber alam kurniaan Allah dan tidak ada ruginya mencubanya selain daripada murah dan mudah didapati.

No comments:
Post a Comment